Plastic Tide Turner Challenge Badge
Melalui video HOW HUMANS ARE TURNING the WORLD INTO PLASTIC saya sedar bahawa banyak barang yang kita guna dalam kehidupan harian mempunyai mikro-plastik dalam kandungannya dan kebanyakannya adalah single-used, jadi saya mula sedar bahawa mikro-plastik yang tidak dapat dicompose ini akan menyebabkan tempat pembuangan sampah semakin penuh dan menyebabkan manusia mula membuang sampah plastik ke dalam laut. Jadi saya telahpun menyertai projek ini supaya dapat menyumbang kepada alam sekitar.
Projek telah dijalankan di Pantai Padang Temu.Saya telah menghimpunkan rakan-rakan untuk mengutip sampah di tepi pantai, dan juga mengasingkan sampah untuk dikitar semula. Seterusnya,saya mengetuai rakan-rakan berkunjung ke tiga buah kedai untuk membuat temu ramah,dan mendapati banyak pelanggan tidak sedar tentang pencemaran disebabkan plastik, maka cadangan telah diberikan kepada penjaja supaya pelanggan mula bekerjasama dengan membawa bekas makanan sendiri untuk mengurangkan masalah pencemaran
Ahli keluarga dipengaruhi oleh saya, meraka mula menggunakan bekas makanan untuk membungkus makanan,sudut anti-plastik yang disediakan di rumah memberi peringatan kepada ahli keluarga supaya tidak mengunakan plastik.Saya juga berjaya mempengaruhi sebuah kedai minuman melaksanakan anti-plastik di kedainya.Seterusnya, melalui perkongsian poster Say No To Plastik di sosial media saya berjaya mempengaruhi rakan-rakan di sosila media untuk menjaga alam sekitar dengan menrurangkan penggunaan plastik.
Saya sedar bahawa plastik membawa pelbagai impak negatif kepada alam sekitar,sampah plastik yang dibuang ke dalam laut akan menyebabkan kematian hidupan akuatik kerana termakan plastik,dan juga asap yang dikeluarkan semasa pembakaran sampah plastik ini menyebabkan hujan acid dan menyebabkan pH tanah menjadi rendah maka tidak sesuai untuk menanam sayur.Tetapi masyarakat masih tidak sedar,jadi saya akan mempromisikan aktiviti ini pada sosial media supaya lebih ramai orang akan menyertai bersama.