
Pilihanraya Kampus IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Pada malam 31 Januari 2016 (9.00 pm - 11.00 pm), telah dijalankan Rapat Umum antara calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dengan warga kampus. Dalam pilihan raya kampus (PRK) kali ini, seramai 7 orang ahli Pengakap KLM 21 menjadi calon JPP. Saya merupakan salah seorang daripada calon JPP dalam PRK kali ini. Pada malam tersebut, para ahli pengakap IPG KSAH berkumpul bagi menyokong ahli pengakap yang masuk bertanding dalam PRK. Kumpulan pengakap membuat Tepuk Pengakap dan bersorak untuk ahli pengakap pada malam itu. Malahan, semasa proses berkempen, ahli pengakap membantu menggantungkan poster. Sesungguhnya, kerelaan dan semangat ahli pengakap dalam aktiviti ini menunjukkan semangat dan persaudaraan pengakap yang amat akrab di IPG KSAH.