
Petugas Karnival Kokurikulum Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas Kebangsaan Kali ke 5 Tahun 2017
Alhamdulillah syukur kepada Ilahi keran terpilih menjadi petugas sepanjang Karnival Kokurikulum Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas. Program ini diadakan di IPGKSAH Sungai Petani. Saya bersama-sama ahli pengakap KLM21 dipilih menjadi petugas dalam program ini. Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini. Pengalaman yang amat sukar dilupakan apabila kami diiring oleh pasukan polis ke tapak acara besar pada hari kedua. banyak cabaran dan pengalaman yang diperolehi lebih-lebih lagi dalam aspek pemberian makanan kepada setiap peserta.