Permainan Buaya Biawak di SNP, Sandakan 2019
Seramai 80 ahli pengakap menyertai Kursus Koordinator Messenger of Peace di SNP Sandakan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah permainan "Buaya Dan Biawak". Aktiviti ini memerlukan ahli yang Ramai untuk dimainkan agar lebih seronok dan meriah. Ahli yang menyebut Buaya perlu berpaling ke sebelah kiri manakala Biawak pula ke sebelah kanan. Mereka yang salah menyebut atau salah pusing akan tersingkir. Peserta yang paling akhir bertahan akan menjadi juara.