Perkhemahan Unit Beruniform SK Sandau

Perkhemahan Unit Beruniform SK Sandau

Sekolah Kebangsaan Sandau telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform selama 3hari. Pada 31 Oktober 2019 pasukan pengakap kelana kinabatangan membuat persediaan dan pada 1-3 November 2019 perkhemahan tersebut bermula yang melibatkan 4 buah Unit Beruniform iaitu Pengakap, Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Seramai 118 orang peserta 28 orang guru dan 10 orang pengakap kelana sebagai petugas yang terlibat, jumlah keseluruhan ialah156 orang. Perkhemahan ini telah dianjurkan pada setiap tahun oleh Sekolah Kebangsaan Sandau,Kinabatangan. Tahun ini merupakan tahun pertama bagi pihak sekolah ini meminta penglibatan pengakap kelana sebagai petugas. Antara tugas-tugas yang diberikan kepada pengakap kelana ialah membina pintu gerbang, mengendalikan khemah, layout khemah, mengendalikan istiadat pagi dan menurunkan bendera dan membantu dalam pengurusan pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang perkhemahan berlansung. Pengalaman yang amat bermanfaat juga diperoleh oleh pengakap kelana yang terlibat sepanjang perkhemahan berlansung kerana berpeluang untuk memberikan khidmat masyarakat terutamanya kepada pihak sekolah. Bagi pengakap prakelana yang baru menyertai pengakap kelana pada tahun ini, mereka telah mandapat pelbagai ilmu baharu.
Started Ended
Number of participants
156
Service hours
3744
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share