
Perkhemahan Unit Beruniform SK Jaya Baru
Pada 8/11/2019 sehingga 10/11/2019 satu Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jaya Baru, Kinabatangan. Perkhemahan ini telah dikendali seramai 31 orang guru dan turut dibantu oleh 16 orang kelana dari Banzai Rovers. Jumlah peserta perkhemahan ini seramai 86 orang terdiri daripada 4 buah unit beruniform iaitu Pengakap, BSMM, TKRS dan PPIM. Perkhemahan ini dirasmikan oleh Guru Besar sekolah tersebut iaitu Ustaz Jumat Yusuman.