Perkhemahan Tahunan  PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SK. PEKAN SIPITANG (KUMPULAN NO.30) Kali Ke-8 Tahun 2019
Profile picture for user FRIDORINE JEAFRY_1
Malaysia

Perkhemahan Tahunan PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SK. PEKAN SIPITANG (KUMPULAN NO.30) Kali Ke-8 Tahun 2019

Perkhemahan Tahunan Pengakap Pendidikan Khas SK.Pekan Sipitang sekali lagi direalisasikan pada tahun ini yang berjaya dilaksanakan pada 23-24 Oktober 2019 di perkarangan sekolah SK.Pekan Sipitang yang disertai oleh 22 orang murid Pendidikan Khas dan dikendalikan oleh 9 orang guru Pemimpin & Penolong Pemimpin, 3 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), 7 orang ahli Kelana A PPMCS Daerah Sipitang serta melibatkan beberapa orang guru aliran perdana yang dijemput khas sebagai juri/hakim bagi pertandingan.

Di antara objektif utama pelaksanaan perkhemahan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Pendidikan Khas mengalami  suasana perkhemahan Pengakap yang sebenar sejak Pengakap ditetapkan sebagai satu-satunya unit beruniform murid Pendidikan Khas seluruh Malaysia berkuatkuasa sejak awal tahun 2012 dan melatih bakat kepemimpinan, kerjasama dan berdikari di kalangan murid dengan melibatkan diri dalam semua aktiviti perkhemahan yang telah dirancang.    

Bertemakan “PENGAKAP ISTIMEWA MAHU DIPIMPIN MAMPU MEMIMPIN”, ketiga-tiga sekawan Pengakap Pendidikan Khas iaitu Sekawan Merah, Sekawan Hijau dan Sekawan Ungu melaksanakan pelbagai aktiviti kepengakapan yang telah dirancang oleh penyelaras dan Kem Komandon perkhemahan iaitu Akela Fridorine Jeafry. 

Setiap ahli sekawan adalah terdiri daripada murid pelbagai kategori kepelbagaian upaya (ADHD, Autisme, Lembam dan Masalah Pembelajaran) yang berumur dari 7 hingga 12 tahun yang saling bekerjasama di antara satu sama lain pada setiap aktiviti yang dijalankan. Setiap sekawan juga dibimbing oleh guru pemimpin masing-masing agar ahli Pengakap Pendidikan Khas lebih mudah memahami objektif aktiviti yang dijalankan. 

Guru Sekawan Merah adalah terdiri daripada Akela Walter Alvin Jiniti, Akela Mohd. Irwanshah bin Abdul Mues dan Akela Aidatul Fatinah binti Salim. Ahli terdiri daripada Afiq Najmi (Ketua Sekawan), Azwan Aznizam (pen. Ketua Sekawan), Muhd. Riezman (Kuatermaster) dan Muhd. Putra, Siti Kasriana, Muhd. Nazua dan Izzriel. 

Guru Sekawan Hijau adalah Akela Noor Azlinda binti Mohd dan Akela Fatimah binti Zainal Abiddin. Ahli terdiri daripada Mohd. Afi (Ketua Sekawan), Mazwan (Pen. Ketua Sekawan), Mohd. Najmi Danish (Kuatermaster), Nur Adriani, Muhd. Amirul dan Tommy. 

Guru Sekawan Ungu adalah Akela Mohd. Najib bin Mohd. Shafie dan Akela Sarina Joten dan ahli terdiri daripada Mohd. Jasdy (Ketua Sekawan), Alfey (Pen.Ketua Sekawan), DN. Davy Denko (Kuatermaster), Mohd. Nur Iman, Zulfahmi, Ilham Iskandar dan Muhd. Nurazzan Mikail.

Kesemua peserta perkhemahan dilibatkan secara langsung dengan semua aktiviti yang dijalankan oleh akela bertugas. Di antara aktiviti tersebut adalah aktiviti mendirikan khemah, pertandingan Masakan Rimba, aktiviti membina gajet mudah tripod, rak kasut dan ampaian, kawad kaki asas, halangan komando, solat dan tazkirah, amali kerohanian dan sahsiah (peserta bukan Muslim), senamrobik dan malam unggun api (campfire)/malam Pengakap. Walaupun pada sebelah pagi hari dan lewat petang hari pertama perkhemahan agak sedikit terganggu dengan keadaan cuaca yang hujan, namun keadaan tersebut dapat diatasi dan aktiviti tetap berjalan seperti yang dilaksanakan dengan lancar.

Majlis Penangguhan Perkhemahan Tahunan Pengakap PPKI Kali Ke-8 Tahun 2019 dirasmikan oleh tuan Guru Besar SK.Pekan Sipitang, Encik Mohd. Sufri bin Salleh yang sememangnya sentiasa meluangkan masa dan banyak memberikan sokongan untuk bersama-sama dengan anak-anak Pendidikan Khas pada sepanjang perkhemahan dilaksanakan. 

Pada tahun ini, terdapat beberapa ahli dan wajah baharu yang baharu pertama kali menyertai perkhemahan berjaya menyempurnakan kesemua aktiviti perkhemahan dengan baik. Malahan bakat kepemimpinan di kalangan ahli Pengakap Pendidikan Khas SK.Pekan Sipitang semakin menonjol dan berkeyakinan tinggi di dalam memimpin ahli sekawan masing-masing.

Syabas dan tahniah kepada semua akela dan ahli Pengakap Pendidikan Khas (No.30) SK. Pekan Sipitang kerana sekali lagi berjaya melaksanakan Perkhemahan Tahunan Pengakap Pendidikan Khas dengan penuh komitmen dan kerjasama yang tinggi.

Sayonara dan jumpa lagi di Perkhemahan Tahunan Pengakap Pendidikan Khas kali ke-9 Tahun 2020. 

SALAM PENGAKAP !

Started Ended
Number of participants
41
Service hours
492
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share