
Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Kanak-kanak Negeri Melaka
Perkhemahan Skim Lencana PKK Peringakat Negeri Melaka ini telah dijalankan dari 11 hinnga ke 13 Ogos 2017. Saya telah terlibat dalam perkhemahan ini sebagai salah satu ahli jawatankuasa. Para peserta telah melakukan berbaga-bagai aktiviti bagi mendapatkan lencana-lencana kepandaian mereka. Antara aktiviti dan ujian yang diadakan adalah ahli pertolongan cemas dan juga ahli berkhemah. Selain itu, mereka juga diajar teknik menyalakan api dan juga membakar roti lilit. Selain itu mereka juga ditugaskan untuk menyediakan satu persembahan untuk malam kebudayaan.