Perkhemahan Pengakap Daerah Lundu Sempena Memperkenalkan Program WSEP & Lencana Wajib
Seramai 26 peserta pengakap kanak - kanak membersihkan kawasan pantai dengan mengutip sisa botol - botol plastik yang telah mencemarkan kawasan pantai. Disamping itu, tujuan program ini diadakan supaya membuka minda kanak - kanak akan pentingnya kita sebagai manusia supaya mencintai alam sekitar. Sehubungan dengan itu, botol - botol tersebut yang telah dicuci akan digunakan sebagai bahan kitar semula untuk membuat PFD atau lebih dikenali sebagai "personal floating devices".