Perkhemahan Insentif Lencana Usaha Daerah Sibuga : Road To Rambu Muda 2019-2021

Perkhemahan Insentif Lencana Usaha Daerah Sibuga : Road To Rambu Muda 2019-2021

Perkhemahan Insentif Lencana Usaha Daerah Sibuga merupakan aktiviti pengujian bagi melayakkan ahli pengakap yang terlibat mendapatkan Lencana Usaha mereka bagi Skim Pengakap Muda Pengakap Malaysia. Dibawah Skim Pengakap Muda, setiap ahli pengakap perlu untuk mendapatkan dan mengikuti tiga skim lencana bagi melayakkan mereka mendapatkan Anugerah Pengakap Rambu Muda (Sijil Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara). Oleh itu, program ini bagi memastikan ahli-ahli pengakap Daerah Sibuga dibawah Unit Pengakap Muda menjalankan skim latihan mereka seterusnya bakal melayakkan mereka mendapatkan Anugerah dan penghargaan tertinggi dibawah Unit Pengaka Muda.

 

Perkhemahan ini merupakan anjuran Unit Latihan Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sibuga melibatkan penyertaan dua buah sekolah iaitu daripada MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan dan SMK Perempuan Sandakan. Program ini telah dijalankan di Tapak Perkhemahan MRSM Sandakan Sabah yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Seramai 65 ahli pengakap calon Pengakap Rambu Muda 2020 , 25 oang urusetia dan 15 orang pemimpin telah terlibat bagi menjayakan perkhemahan ini.  Pada akhir perkhemahan, kesemua 65 ahli  calon Pengakap Rambu Muda 2020 telah berjaya dalam Ujian Lencana Usaha mereka dan mendapat Lencana Usaha mereka. 

Started Ended
Number of participants
100
Service hours
1800
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share