PERISAI MUKA UNTUK PAHLAWAN NEGARA
Malaysia

PERISAI MUKA UNTUK PAHLAWAN NEGARA

Pada 25 Mac 2020, saya dan  pasukan Pengakap Kelana Blackflurry,Pasir Mas ,Kelantan telah melakukan suatu projek iaitu menghasilkan perisai muka secara DIY. Projek ini dihasilkan untuk membantu barisan hadapan yang tidak mencukupi perisai muka . Penghasilan perisai muka ini dilakukan dirumah masing-masing dan pusat induk iaitu dirumah pemimpin kami di kampong Banggol Ara. Saya memilih untuk melakukan  dirumah saya sendiri, hal ini kerana saya ingin membantu frontliner bersama pasukan saya disamping mematuhi perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan oleh perdana menteri. Seramai 20 orang Ahli kelana  termasuk saya yang terlibat dalam penghasilan perisai muka secara DIY. Idea ini tercetus dan diketuai oleh Penolong Penasihat iaitu Pn.Nor Azlin binti Mat Nor. Pada fasa pertama projek, kami telah berjaya mencapai target  penghasilan perisai muka sebanyak 10,637 unit kepada barisan hadapan yang terlibat dalam menangani wabak covid-19 Semua unit perisai muka diedarkan kepada 24 lokasi saringan dan tempat-tempat rawatan covid-19 sekitar negeri kelantan malah kami juga merentas dua buah negeri iaitu Pahang dan Terengganu bagi membantu dan memudahkan frontliner negeri-negeri tersebut untuk merawat atau mencegah rantaian covid-19. Seterusnya, kami memanfaatkan kemudahan media sosial untuk meminta sumbangan daripada rakyat Malaysia. Setelah itu, bukan sahaja sumbangan berupa wang malahan kami mendapat sumbangan dari segi barang untuk menghasilkan perisai muka. Sebagai contoh, span, tali, plastik cover bersaiz A4. kami juga menerima sumbangan dari segi makanan sepanjang proses penghasilan perisai muka.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
102
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Legacy BWF

Share via

Share