Perisai Muka Buat Hero

Perisai Muka Buat Hero

Perisai Muka Buat Hero merupakan sebuah inisiatif daripada Pasukan Pengakap Kelana B-Blackflurry untuk membantu para barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19. Perisai muka ini dihasilkan secara DIY dimana kos penghasilannya jauh lebih rendah dan bahan pembuatannya mudah dicari di pasaran. Perisai muka amat diperlukan oleh para barisan hadapan sebagai ikhtiar untuk mengelakkan diri daripada terkena jangkitan. Namun saban hari bekalan perisai muka di kebanyakkan hospital semakin berkurang. Pihak hospital mula membuat perisai muka secara manual dengan menggunakan bahan-bahan seperti plastik pvc, tali, span dan sebagainya. Hal ini telah menarik perhatian kami apabila salah seorang daripada ahli pasukan kami melihat sebuah perkongsian tentang perisai muka ini di laman Facebook. Idea untuk menjalankan projek ini mulai tercetus. Seramai 20 orang ahli Pasukan Pengakap Kelana B-Blackflurry Pasir Mas yang terdiri daripada barisan kelana, pemimpin dan penolong pemimpin terlibat dalam projek perisai muka ini. Target kami untuk projek ini adalah sebanyak 10000 unit perisai muka. Kami telah sepakat untuk menjadikan rumah pemimpin kami sebagai pusat penghasilan utama perisai muka ini. 10 orang pengakap kelana menjalankan operasi di rumah mereka masing-masing manakala 10 orang lagi di pusat penghasilan utama. Namun, proses penghasilan di pusat penghasilan utama hanya dijalankan oleh 5 orang pada setiap sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Hal ini demikian kerana kami harus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diarahkan oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak ini. Bukan itu sahaja, kami juga perlu mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu jaga penjarakan sosial, basuh tangan dengan bersih sebelum memulakan kerja, pakai topeng muka dan sebagainya. Semua perisai muka yang telah dihasilkan akan diagihkan ke hospital, klinik dan tempat-tempat yang memerlukan perisai muka DIY ini.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
102
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Legacy BWF

Share via

Share