Perhimpunan Kelana Malaysia
Profile picture for user hulaifhazman_1
Malaysia

Perhimpunan Kelana Malaysia

8 April 2021,Hari 0;

Kami melakukan ice breaking dalam group yang sudah dibahagikan melalui group whatsapp, kami juga perlu merakam video pengenalan diri ringkas selama maksimum 5 saat dan perlu hantar kepada group leader. Dan kami juga perlu memuat video tersebut ke laman sosial sendiri.Ini adalah tugas kami yang pertama.

 9 April 2021, Hari Pertama;

Program dimulakan dengan program perasmian Perhimpunan Kelana Malaysia 2021 yg dirasmikan oleh Dato' Mohd Zin Bidin Pemangku Ketua Pengakap Negara Malaysia. Kemudian, disertakan bersama gimik video ice breaking yang dirakam oleh setiap peserta program.Seterusnya, kami sambung dengan sesi kenal mengenal antara peserta mengikut kumpulan yg dibahagikan di dalam Zoom Meeting pula.

10 April 2021, Hari Kedua;

Pada hari ini, kami diberikan tugas dalam kumpulan untuk membincangkan tentang pandangan dan pendapat berkaitan cara meningkatkan mutu kualiti seorang pengakap kelana dan pengubahsuaian skim lencana pengakap kelana mengikut pengedaran masa. Perbincangan melalui group di dalam aplikasi whatsapp. Setiap peserta memberikan pendapat masing-masing dan setiausaha mengumpulkan pendapat dan pandangan peserta untuk dijadikan video dan dihantar kepada ketua kumpulan.

       Pada malamnya, peserta beragama Islam menyertai majlis bacaan Yasiin sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Mubarak. Manakala, peserta bukan beragama Islam berada di room zoom yang lain sementara menunggu peserta beragama Islam selesai membaca Surah Yasiin.

      Setelah itu, kami menyertai sharing talk yg dikendali oleh panel-panel dari ahli jawatankuasa program ini mengikut kumpulan masing-masing dalam room break zoom yg ditetapkan.Panel-panel terdiri daripada captain-captain jurulatih pengakap yang berpengelaman dalam hal kepengakapan. Kami juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada ahli panel tentang perkara-perka berkaitan pengakap.

11 April 2021, Hari Ketiga;

Hari ini merupakan hari terakhir program Himpunan Kelana Malaysia, kami diberikan dua tugasan terakhir iaitu tugasan untuk kelana perlu berbudi kepada seseorang atau haiwan. Kami perlu  merakam atau mengambil gambar ketika tugasan dilakukan.Kemudian, kami perlu menghantar bukti tersebut kepada group leader .Selain itu, kami juga diberi tugasan secara kumpulan untuk menyenaraikan dua soalan penting yang berkaitan dengan kehidupan seorang pengakap.Kemudian, membuat video mengenai soalan itu dan perlu menghantar video tersebut kepada group leader.

        Pada malamnya, kami menyertai talk bersama panel jemputan Tuan Hilmi bin Mat Saad, Setiausaha Program Negara Persukutuan Pengakap Malaysia, bertajuk "Kelana".Kemudian, kami menyaksikan gimmick video sepanjang 4 hari program berlangsung. Kemudian, program disambung dengan sesi soal jawab soalan dari video tugasan soalan setiap kumpulan oleh Tuan Hilmi. Setelah itu, majlis penutupan Program Himpunan Kelana Malaysia dilangsungkan.Setelah tamat majlis penutup kami dibenarkan untuk meninggalkan Zoom meeting.

Started Ended
Number of participants
260
Service hours
78
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement

Share via

Share