PERBARISAN HARI SUKAN SMK TANJUNG DATUK 2011
Hari Sukan merupakan acara tahunan untuk SMK Tanjung Datuk dan pada setiap tahun, Pengakap 20 SMTD diberi amanah sebagai pembawa bendera kejohanan sukan tahunan dan melakukan upacara mengibarkan bendera dengan penuh istiadat bagi menandakan bahawa kejohanan telah bermula. Selain itu, pertandingan perbarisan lintas hormat juga dilakukan dan disertai oleh setiap unit uniform dan juga rumah sukan. Tambahan pula, pertandingan maskot tercantik dan 'sporting' juga diadakan. Dapat disimpulkan bahawa acara sukan tahunan pada tahun ini disambut dengan penuh meriah dan gilang - gemilang.