'PERATA' KALI KE-2 DI SILAM COAST CONVERSATION AREA (SCCA)
Bertempat di Silam Coast Conversation Area (SCCA) Lahad Datu telah diadakan Perkhemahan Akhir Tahun (PERATA) kali ke-2 anjuran Pengakap Kelana dan Majlis Pemimpin, Daerah Lahad Datu iaitu pada 29 Nov sehingga 1 Dis 2019. Perkhemahan tersebut telah disertai seramai 61 orang peserta daripada 4 buah daerah iaitu Kinabatangan, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Perkhemahan Akhir Tahun ini telah dikendalikan oleh kira-kira 38 orang urusetia. Pasukan pengakap udara Banzai Rovers telah menghantar seramai kira-kira 8 orang peserta yang mewakili daerah Kinabatangan.
"PERATA II" telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti seni bela diri, malam kebudayaan, sukaneka dan mendaki bukit. Terdapat beberapa aktiviti yang dipertandingkan seperti pertandingan tarik tali yang dilaksanakan di tepi pantai, pertandingan karaoke, dan pertandingan bola sepak. Setiap daerah diwajibkan untuk menghantar wakil bagi setiap aktiviti yang dipertandingkan.
Aktiviti-aktiviti tersebut dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan semangat berpasukan serta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peserta dan pemimpin bagi setiap daerah dan juga bersama para urusetia. Melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa "PERATA II" semua pihak dapat melihat bahawa para peserta dapat bergembira dan memperoleh pengalaman baharu.