Penghormatan Terbesar Kepadaku

Penghormatan Terbesar Kepadaku

Sungguh besar peluang yang telah diberikan kepada saya ketika di Korobori Pengakap Kanak-Kanak Kebangsaan pada kali ini iaitu diberi penghormatan untuk membuat Ikatan Persabatan pada skaf yang dipakai oleh DYTM Tengku Muhammad Ismail Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu. Ketika korobori berlangsung selama 5 hari iaitu dari 6 - 10 Julai 2018, saya & rakan-rakan koordinator Messengers of Peace (MoP) telah ditugaskan di khemah MoP. Di situ, kami telah membuat penerangan berkenaan MoP kepada para peserta korobori termasuk guru-guru, orang awam & para petugas korobori. Selain itu, kami telah membuat aktiviti lain seperti permainan mengimbangi bola tenis, tarian alele, tariap MoP Malaysia, tepukan 'break free' & cabaran cube. Bagi menyokong rakan-rakan yang sedang menyiapkan projek Scout of the Word Award (SWA), kami telah menyediakan tong sampah bagi para peserta korobori mendermakan penutup botol minimum sebagai tanda sokongan terhadap Rovs Projek. Penutup botol itu nanti bakal digunakan sebagai bahan untuk membina laluan pejalan kaki sepanjang 1km. Tahniah juga kami ucapkan kepada para pelajar SK Sultan Omar yang telah memenangi cabaran mengumpul penutup botol terbanyak. Lebih 5000 penutup botol telah berjaya dikumpulkan sepanjang korobori ini berlangsung.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
40
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety
Legacy BWF

Share via

Share