
PENGANUGERAHAN SIJIL PERAKUAN PENGAKAP RAJA
Majlis Penganugerahan Sijil Perakuan Pengakap Raja dilaksanakan berikutan aduan kelewatan menerima sijil Pengakap Raja oleh penerima-penerima anugerah Pengakap Raja sebelum ini. Majlis ini dilakukan untuk menggantikan sebentar sijil sebenar sebelum majlis sebenar dijalankan. Dalam majlis ini, anugerah diberikan kepada pemegang pengakap raja bagi sesi 2017 dan 2018. Anugerah diberikan kepada 287 penerima sijil bagi sesi 2017 dan 2018 oleh Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak.
Majlis bermula dengan perarakan masuk dif-dif kehormat ke dalam Dewan Seri Temenggong. Kemudiannya diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan Pengakap Malaysia sebelum ucapan kata-kata aluan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak dan lain-lain. Penerima sijil dibenarkan membawa seorang ahli waris semasa menerima sijil untuk disarungkan pin penghargaan atas kejayaan anak dalam memperoleh Pengakap Raja. Majlis tamat dianggarkan pada jam 2 petang dan penerima pulang bersama warisnya.