PENGAKAP HULUR BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN
Malaysia

PENGAKAP HULUR BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

PENGAKAP HULUR BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN 29 Mac 2017, Simpang 25 Kampung Lajau WP Labuan LABUAN: Persekutuan Pengakap Malaysia, WP Labuan hari ini menyampaikan bantuan kewangan dan keperluan harian keapda sebuah keluarga mangsa kebakaran di Kampung Lajau. Rombongan lawatan komuniti ini di ketuai oleh Skip Roslan Bin Musa. Penyampaian bantuan turut disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua 1 Tuan Hj Abdul Rahman Bin Hj Lamuddin sempena kunjungan Majlis Pengakap Negeri WP Labuan, ke Kampung Lajau di mana mangsa kini tinggal bersama anaknya. Abdul Rahman berkata, bantuan yang diberikan diharap dapat membantu meringankan beban mangsa kebakaran yang menyebabkan rumah yang didiami hangus terbakar. Pengakap Labuan menyatakan rasa simpati kepada 12 ahli keluarga mangsa kebakaran dan menyeru lebih masyarakat setempat untuk turut memberikan sumbangan. "Kita berharap bantuan itu dapat meringankan beban mangsa kebakaran berkenaan," katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 2.52 pagi pada 27 Mac lalu, Sebuah rumah jenis separuh kekal di Kampung Lajau sini hangus terbakar lebih kurang 60 peratus. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. Abdul Rahman berkata, orang ramai diminta berhati-hati dan menjaga keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Number of participants
1
Service hours
1
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share