PENGAKAP DALAM KOMUNITI

PENGAKAP DALAM KOMUNITI

PENGAKAP BERSAMA KOMUNITI November 05 - Bertempat di Flat KTMB Jalan Bangsar, berlangsungnya aktiviti gotong royong peringkat Zon 1 Lembah Pantai yang telah dirasmikan oleh YM Datuk Paduka Raja Nong Chik, Menteri Wilayah, pada jam 0800am. Program yang julung kalinya dianjurkan menyaksikan penglibatan badan-badan sukarela dan persatuan penduduk diadakan dengan mesej Kebersihan Bermula Dari Saya . Seramai 50 orang ahli Pengakap dari Daerah Lembah Pantai dan dua daerah lain iaitu Wangsa Maju dan Titiwangsa turut serta di dalam aktiviti komuniti ini. Penglibatan ahli-ahli pengakap ini merupakan langkah awal yang diambil oleh pengurusan PPM Lembah Pantai dalam usahanya menarik lebih ramai ahli-ahli pengakap untuk terlibat dan turut serta dalam aktiviti-aktiviti komuniti setempat. selain itu, ianya berperanan dalam memupuk kesepaduan dan kebersatuan diantara kepimpinan pengakap tempatan, ahli-ahli pengakap dengan ahli komuniti setempat. Program yang bermula seawal jam 0700 pagi ini berakhir pada jam 1600 petang. Ahli-ahli pengakap yang terlibat pada aktiviti kali ini menerima sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih atas khidmat bakti mereka bersama komuniti.
Number of participants
50
Service hours
400
Topics
Youth Programme

Share via

Share