PENGAKAP BATU PAHAT : CLEAN & GREEN 1.0

PENGAKAP BATU PAHAT : CLEAN & GREEN 1.0

27 Julai 2019, Bukit Payong, Parit Sulong : Program yang bertujuan memupuk kesedaran cintakan alam sekitar telah di anjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Batu Pahat Johor (UNIT MoP) dengan kerjasama Komuniti Selamatkan Bukit Payong. Program yang mampu menjalinkan hubungan persaudaraan dikalangan ahli dan pemimpin ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi. Bukit Payong yang terletak di kawasan Parit Sulong telah menjadi tumpuan para pendaki sekian tahun. Sehubungan itu gerakan pembersihan sepanjang trek pendakian hinggalah ke puncak untuk memastikan kawasan ini sentiasa terpelihara. Turut menyertai, Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat yang sama-sama mendaki dan menutup rasmi program tersebut yang bertempat di Kem Bravo Kangkar Merlimau Parit Sulong. Jumlah peserta dan pemiimpin yang teribat seramai 114 orang dan dibantu oleh 15 orang urusetia telah selamat menjalani aktiviti.
Started Ended
Number of participants
129
Service hours
774
Topics
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile

Share via

Share