PENGAKAP BANTU MANGSA KEBAKARAN KG RANCHA-RANCHA DARAT
Malaysia

PENGAKAP BANTU MANGSA KEBAKARAN KG RANCHA-RANCHA DARAT

LABUAN: Empat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Rancha-Rancha Darat, menerima bantuan kewangan dan keperluan harian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia, WP Labuan. Penyampaian bantuan kewangan dan pakaian disempurnakan Yang Dipertua Majlis Pengakap negeri WP Labuan Dato’ Sri Mohd Alias Bin A. Rahman pada kunjungan Majlis Pengakap Negeri WP Labuan, ke lokasi kebakaran. Mohd Alias berkata, bantuan yang diberikan diharap dapat membantu meringankan beban mangsa kebakaran yang menyebabkan rumah yang didiami mereka hangus terbakar. Turut hadir pada kunjungan tersebut ialah Penaung BP Guild WP Labuan Datin Sri Dato’ Norsiah Abdullah dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Labuan Skip Hong Heng Chee. Dalam kejadian kira-kira jam 8.00 pagi pada 17 Sept lalu, empat keluarga di Kampung Rancha-Rancha Darat di sini hilang tempat tinggal bila rumah kayu mereka musnah dalam kebakaran. Dua daripada rumah itu didiami 12 anggota keluarga musnah sama sekali. Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Mohd Alias berkata, orang ramai diminta untuk lebih berhati-hati dan mengawasi keselamatan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini.
Number of participants
9
Service hours
36
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share