
PEMBERSIHAN KAWASAN BANJIR
1. Tarikh : 15 Januari 2015
2. Tempat :SK.Pulau Tawar,Jerantut & SK.Temerloh,Temerloh
3. Jumlah Penyertaan :Semua ahli KLKM POLISAS
4. Tujuan program :Bersama-sama mengerah tenaga untuk membantu mangsa banjir untuk
membersihkan kawasan yang terlibat dengan bencana banjir.
5. Keterangan Program :
Program pembersihan kawasan banjir yang dianjurkan oleh Unit sukan dan Kokurikulum yang melibatkan semua unit beruniform dan KLKM POLISAS telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama diagihkan di kawasan SK.Pulau Tawar,Jerantut manakala kumpulan kedua diagihkan untuk membantu mangsa banjir di SK.Temerloh,Temerloh.
6. Gambar Aktiviti
7. Ulasan :
Program ini dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada semua peserta yang telah menyertai dengan jayanya. Pelbagai perkara baru dapat dipelajari oleh peserta. Sehubungan dengan itu, semua ahli telah memberikan kerjasama yang diharapkan dan memuaskan. Sewaktu program, kami dapati sambutan dan kerjasama daripada setiap peserta amat menggalakkan. Harapan para peserta ialah program sebegini perlulah diteruskan.