PELAN PERANCANGAN STRATEGIK PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 2018-2023
Projek ini merupakan satu "Pelan Perancangan Strategik" bagi Persekutuan Pengakap Malaysia dalam tempoh 6 tahun. Pelan Perancangan Strategik (PPM) ini bermula dari tahun 2018 sehingga tahun 2023. Pelan Perancangan Strategik ini berlangsung selama 3 hari bermula 17 - 19 November 2017 di Olympic Sport Hotel, Kuala Lumpur. Projek ini bertujuan merangka perancangan yang lebih strategik bagi meningkatkan imej (PPM) dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Segala bentuk pemikiran dan idea telah disumbangkan dalam Pelan Perancangan Strategik (PPM2018-2023) ini. Penglibatan seramai 40 individu dari seluruh Malaysia telah mewujudkan lebih 120 "Langkah Tindakan" yang bakal di gunapakai dalam Pelan Perancangan Strategik (PPM2018-2023). Pelan Perancangan Strategik ini membuktikan bahawa PPM bergerak selari dengan arus pembangunan ekonomi, sosial dan kebudayaan yang berbilang kaum di Malaysia. Dalam menempuh cabaran abad ke-21 ini, PPM telah menyusun perancangan yang lebih baik bagi memastikan pergerakan pengakap terus "Hidup" dalam kalangan masyarakat di Malaysia.