PEACE YOW! Spreading Peace Day 1
Program Kursus Koordinator Messengers of Peace Zon Tengah ini diadakan selama tiga hari dan bertempat di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Pada hari pertama program ini, semua peserta kursus mendaftarkan diri. Kemudian, program ini dimulakan dengan sesi suai kenal. Seterusnya, para peserta didedahkan dengan pengenalan kepada kursus Messenger of Peace.
Antara objektif yang hendak dicapai menerusi program ini adalah para peserta dapat mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran mengenai Rangkaian MoP dan pengurusan projek selain mengenal pasti skop bagi mengukuhkan hubungan pengakap pengakap dan masyarakat melalui projek MoP. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memastikan para peserta kursus dapat mengenal pasti tanggungjawab sebagai koordinator program MoP. Yang terakhir, kursus ini juga menyediakan pelan tindakan MoP bagi jangka masa 2 tahun