PEACE THROUGH ARCHERY
Profile picture for user Aidil_Megat_1
Malaysia

PEACE THROUGH ARCHERY

Pada 13 Oktober 2018 yang lalu, Pasukan Pengakap Kelana A Zonice Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Memanah Tradisional di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Saya sebagai pengarah Program Memanah Tradisional ini telah bersama-sama turun padang bagi menyaksikan perjalanan program agar ianya berjalan lancar. Penglibatan seramai 7 orang daripada ahli Pasukan Pengakap Kelana A Zonice, kerjasama daripada 2 orang ahli daripada Coyote Crew dan 400 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah dan orang awam.

Aktiviti memanah ini merupakan salah satu aktiviti tertua didunia sejak bermulanya peradaban manusia. Saya bersama-sama ahli pasukan menganjurkan aktiviti ini supaya ianya dapat dikekalkan dan di praktikan oleh golongan muda kini. Memanah dapat melatih jati diri seseorang menjadi lebih baik dengan sikap kesabaran, tenang, dan mempunyai sasaran yang jitu. Selain itu, ia juga dapat menguji ketajaman mata untuk memanah.

Dengan berakhirnya aktiviti memanah ini, orang ramai dapat memperolehi manfaat memanah dan merasai sendiri pengalaman memanah tradisional ini dengan lebih mudah dan cepat.

Number of participants
409
Service hours
3272
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share