PAKAIAN UNTUK SANG WIRA
MOTO PENGAKAP KELANA ADALAH "BERKHIDMAT".
Di Dalam Pengertian Saya, Sebutan Slogan BERKHIDMAT Itu Bukan Sahaja Harus Terungkap Dari Kata-Kata Semata-mata, Malah Ianya Harus Lahir Dari Hati Dan Juga Perasaan.
Seperti Yang Kita Semua Sedia Maklum, Pada Tahun 2020 Dunia Telah Dikejutkan Dengan Satu Pendemik Yang Dipanggil "CORONA VIRUS". Pendemik ini Telah Meragut Ribuan Malah Jutaan Nyawa. Malah Ianya Bukan Sahaja Meragut Nyawa, Malah Meragut Sumber Pendapatan Dan Pencarian Sebilangan Orang.
Manakala Di Malaysia Juga Mendapat Tempias Yang Sama Pada Awal Tahun 2020. Pada 18 March 2020, Kerajaan Malaysia Mengambil Langkah Proaktif Untuk Menangani Wabak Ini Dengan Mengambil Inisiatif Menutup Semua Kegiatan Di Dalam Negara (Lockdown). Dalam Usaha Membendung Wabak Ini.
Walaubagaimanapun, Di Sudut Kesihatan Pula, Mengalami Beberapa Isu Yang Amat Berat Dari Sudut Persiapan (Kelengakapan) Menghadapi Cabaran Ini. Iailah, Siapa Yang Sangka Bencana Ini Akan Berlaku. Maka, Pihak Kesihatan Menghadapi Beberapa Cabaran Dari Sudut Kemudahan Dan Kelengkapan. Pada Awalnya Kami Mendapati, Pihak Kesihatan Membuat Dan Menjahit Peralatan Keselamatan Perlindungan Mereka Sendiri Secara D.I.Y.
Maka Kami Pengakap Kelana Negeri Pahang Mengambil Beberapa Inisiatif Dalam Membantu Pihak Kesihatan Dalam Menyediakan Peralatan Kemudahan Perlindungan (PPE) Dalam Usaha Mengatasi Wabak Ini. Hal Ini Amat Di Sambut Baik Oleh Pihak Kesihatan Dan Kerajaan Tempatan.
Oleh Yang Demikian Di Negeri Pahang, Kami Telah Mengerahkan Seramai 47 Orang Anggota Pengakap Kelana Untuk Membantu Mereka Yang Beroperasi Di Institut Latihan Kemas, Kuantan Pahang. Oleh Kerana Di Pusat Latihan Tersebut Mempunyai Kelengkapan Menjahit Yang Lengkap Untuk Kami Menjalankan Aktiviti Jahitan. Dengan Kekuatan Sedia Ada, Kami Telah Berjaya Menyediakan Sebanyak Hampir 4 Ribu Set Lengkap Pakaian Pelindungan (PPE) Untuk Di Agihkan Ke Hospital Hospital Di Negeri Pahang Yang Menerima Dan Merawat Pesakit Covid-19.
Kami Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Dan Syukur Kepada Semua Yang Menyokong Secara Langsung Mahupun Tidak Langsung Diatas Gerakan Kemanusiaan Ini. Semoga Pendemik Ini Dapat Berakhir Dengan Segera Agar Kita Boleh Kembali Beraktiviti Seperti Sediakala Semula.
Sekian, Terima Kasih