NEW ERA OF YOUNG PEOPLE
Profile picture for user Aidil_Megat_1
Malaysia

NEW ERA OF YOUNG PEOPLE

Pada 15 Ogos 2019 yang lalu, seramai 14 orang muda telah menjayakan sebuah program Seminar Peningkatan Keahlian yang berlangsung di YMCA Brickfields, Kuala Lumpur. Penyertaan seramai 28 orang pengakap daripada 20 negara dalam Wilayah Asia-Pasifik telah memberikan impak yang baik dalam menjayakan program ini. Turut hadir bersama Timbalan Pengarah di Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyaksikan sendiri keupayaan golongan muda dalam melaksanakan program ini.

Program ini bertujuan meningkatkan keahlian golongan muda dalam kepengakapan bersesuaian dengan matlamat World Organization of the Scout Movement (WOSM) dalam mencipta dunia yang lebih baik. Di samping itu, program ini juga dibantu oleh golongan dewasa yang berpengalaman yang memberikan sokongan secara terus menerus kepada kami (golongan muda). Program yang berlangsung selama 5 hari ini telah membuka mata ahli-ahli pengakap bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia bahawa golongan muda juga mampu mengendalikan program yang bertaraf antarabangsa (peringkat APR).

Sesungguhnya ini merupakan suatu peluang yang bagus kepada golongan muda untuk menaik taraf kebolehan diri dan meneroka dengan lebih jauh lagi dalam dunia kepengakapan pada hari ini. Ini kerana, golongan muda mempunyai potensi yang lebih tinggi dalam menerajui arus pembangunan dalam kepengakapan dengan idea, pendapat dan semangat yang baru. Justeru, penglibatan golongan muda amatlah penting agar pergerakan pengakap ini dapat diteruskan dan diharapkan bahawa kami (golongan muda) sentiasa mendapat sokongan penuh daripada golongan dewasa.

Started Ended
Number of participants
54
Service hours
1944
Location
Malaysia
Topics
Good Governance
Youth Engagement

Share via

Share