MySwitch SEMUHSIN 19'-Jom Jimat Elektrik!!
SMK Engku Husain meneruskan lagi legasi pencapaian kokurikulum sekolah dengan menghantar penyertaan untuk Pertandingan MySwitch yang dipertandingkan saban tahun didalam kategori Hari Pengguna Malaysia.Seramai 21 orang murid sekolah dibantu oleh 4 orang guru penasihat menyahut cabaran MySwitch dan bertanding bagi mengharumkan nama sekolah.Objektif utama MySwitch adalah untuk menjimatkan elektrik serta membantu pihak sekolah merendahkan kadar penggunaan elektrik ke tahap yang lebih minima.
Berfokuskan pengawalan kadar elektrik di sekolah,Skuad MySwitch telah dibentuk setelah mesyuarat agung dan pelantikan jawatnkuasa berjaya dijalankan.Perjumpaan pertama memfokuskan berkenaan langkah serta pendekatan yang akan diambil bagi menurunkan kadar bil elektrik sekolah dapat menurun dengan drastik.Ahli skuad juga membuat persiapan dan persediaan untuk gimik pelancaran yang diadakan pada 8 Mei 2019.Setelah rasmi dilancarkan,skuad MySwitch giat melakukan pemantauan disekitar kawasan sekolah.
MySwitch 2019 telah dirasmikan oleh Tuan Abdul Gaffar Bin Kunchi Mohamed selaku pengetua SMK Engku Husain.Projek ini dapat memberikan manfaat kepada kira-kira 3505 orang warga sekolah dengan menjimatkan pembaziran elektrik serta kesedaran berkenaan pentingnya menjimatkan sumber tenaga elektrik.Impak daripada program ini,kadar bayaran bil elektrik sekolah menurun secara drastik pada bulan berikutnya.Ini membuktikan wujudnya kerjasama antara warga sekolah untuk bersama sama menjimatkan elektrik.
Kesimpulannya,penglibatan program seperti MySwitch ini dapat memberikan banyak kelebihan dan faedah kepada seluruh warga sekolah.Pihak sekolah tidak lagi perlu bimbang dengan bil elektrik yang tinggi serta peruntukan bayaran bil elektrik sekolah boleh digunakan untuk peruntukan projek lain seperti penambahbaikan astaka dan tandas.Hal ini membuktikan bahawa dengan mendisiplinkan diri dengan amalan penjimatan elektrik,warga sekolah dapat mengetahui betapa berharganya sumber tenaga elektrik.