MoP in Action : Ramadan Blessing
Profile picture for user Amir Hamzah Aman_1
Malaysia

MoP in Action : Ramadan Blessing

Sepanjang bulan Ramadhan bermula 17 Mei- 14 Jun 2018, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama 17 negeri-negeri (Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, Labuan, Negeri KLKM & Negeri KLM) di Malaysia telah mengadakan pelbagai aktiviti berbentuk kebajikan yang dikendalikan oleh ahli-ahli pengakap di setiap peringkat di negeri-negeri tersebut. Aktiviti seperti Iftar Jamaiā€™e, program gotong-royong bubur lambuk, ziarah sahur, majlis berbuka puasa bersama anak yatim, derma dan pemberian pakaian hari raya serta aktiviti perkongsian bersama gelandangan telah diadakan sepanjang 30 hari bulan puasa tersebut. Seramai 42, 217 orang keseluruhan ahli Pengakap, Kelana dan Pemimpin Pengakap terlibat dalam keseluruhan aktiviti-aktiviti ini. Aktiviti-aktiviti ini memberi impak yang besar bukan sahaja kepada masyarakat namun terus kepada ahli-ahli Pengakap itu sendiri. Sifat kerjasama, permuafakatan, kasih-sayang, belas ihsan dan lain-lain sifat yang ditekankan undang-undang Pengakap berjaya diimplementasikan dalam program-program ini. Pelaksanaan program-program ini telah membuka mata masyarakat dan badan korporat untuk menyumbang pelbagai bahan sumbangan seperti wang ringgit, bahan mentah untuk masakan, pakaian baru untuk hari raya dan pelbagai lagi. Kejayaan program-program ini telah memberi impak yang positif dan bakal diadakan lagi pada tahun-tahun hadapan.
Started Ended
Number of participants
42217
Service hours
10132080
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share