Profile picture for user Faiz Danuri_1
Malaysia

MISI BANTUAN PASCA BANJIR JOHOR 20/21 (DAERAH PASIR GUDANG)

     Misi Bantuan Pasca Banjir Johor 2020/2021 merupakan program yang akan dilakukan setiap tahun bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas di beberapa Kawasan terutama di negeri Johor sendiri. Misi ini adalah anjuran daripada  kelab Sahabat Johor Darul Takzim (SJDT). Oleh itu, pengerusinya saudara En. Mohd Fairuz bin Muhammad telah mengambil inisiatif untuk melakukan misi sebegini. Misi ini dibahagikan kepada beberapa fasa bagi memudahkan urusan pihak pengurusan. Fasa pertama dilakukan di daerah Pasir Gudang pada 05 Disember 2020 bersempena sambutan Hari Sukarelawan Sedunia.

     Bagi fasa pertama di daerah Pasir Gudang, telah berlangsung sehari sebelum pengagihan bantuan iaitu pada 04 Disember 2020. Pada hari berkenaan, seramai 08 orang sukarelawan telah hadir untuk mengasingkan dan membungkus makanan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Sebelum aktiviti tersebut bermula para sukarelawan diminta untuk ‘scan QR’ kod dan sanitasi tangan mereka bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19. Kami diminta untuk berkumpul di markas kelab SJDT di Bandar Kota Tinggi kerana disitulah HQ utama mereka. Kami diminta untuk membungkus sebanyak 200 pek makanan bagi fasa pertama dan fasa yang diberikutnya. Di dalam pek makanan tersebut mengandungi keperluan makanan harian seperti beras, sardine, tepung, garam dan lain-lain. Kesemua sekali isi kandungan dalam 01 pek makanan adalah 14 item. Pek makanan tersebut juga dibahagikan kepada 2 kategori mengikut bilangan ahli keluarga dalam keluarga mangsa. Kategori pertama untuk 3-5 orang bilangan ahli keluarga manakala kategori kedua untuk 06-10 orang bilangan ahli keluarga. Kebanyakan hasil makanan yang kami bungkus adalah sumbangan daripada masyarakat dan beberapa NGO. Sebagai contoh NGO yang menyumbang untuk misi berkenaan adalah MyFundAction, Sukarelawan Gugusan Felda Lok Heng, PPM Daerah Pontian dan lain-lain. Tetapi kami tidak sangka kerana sumbangan yang kami dapat itu lebih daripada sangkaan kami semua. Kami amat bersyukur kerana kami berjaya membungkus pek makanan melebihi sasaran pihak penganjur.

     Hari yang dinanti telah tiba iaitu 05 Disember 2020. Pek makanan yang siap dibungkus telah kami angkut ke dalam kereta Hilux (4x4). Pihak penganjur bercadang untuk mengehadkan bilangan kereta untuk ke lokasi bagi memudahkan pergerakan kami pada hari berkenaan. Kami semua bertolak dan berkumpul di Stadium Perbandaran Pasir Gudang kerana terdapat beberapa sukarelawan yang menunggu di sana. Sebelum pengagihan bermula, pihak penganjur meminta semua sukarelawan yang hadir untuk ‘scan’ suhu dan QR kod bagi mematuhi SOP yang ditetapkan pihak kerajaan. Seramai 20 orang sukarelawan yang hadir pada hari berkenaan yang terdiri daripada Sahabat Johor Darul Takzim, ‘MyFundAction’, ‘Yosh Volunteer’, Sukarelawan Gugusan Felda Lok Heng, PPM Daerah Pontian dan lain-lain. Antara lokasi yang menjadi sasaran iaitu Taman Mawar, Kampung Plentong Baru, Kampung Sepakat dan Kampung Masjid. Jumlah yang diberikan kepada penerima seramai 58 keluarga. Selain daripada mengedarkan sumbangan makanan kepada mereka, kami juga membuat tinjauan keadaan semasa kawasan yang dilanda banjir serta memberi kata-kata perangsang kepada mangsa untuk terus bertabah dan meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa. Misi ini berakhir jam 6 petang dan sukarelawan bersurai pulang ke lokasi masing-masing.

     Kesimpulannya, saya berharap aktiviti seperti ini akan terus dilakukan di masa akan datang dan lebih banyak pihak yang turut bersama-sama melakukan aktiviti ini. Ini kerana kita tidak tahu dan tidak merasai sendiri apa yang sedang dialami oleh mereka. Oleh itu, orang ramai dan NGO turut dialu-alukan. Kepada yang ingin menyumbang, boleh terus hubungi wakil-wakil yang sedia ada bagi memudahkan urusan. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita terima.

 

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
12
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Legacy BWF
Partnerships
Global Support Assessment Tool

Share via

Share