(Misa Island Goat Project: Update 8) Aktiviti Merobohkan Rumah Lama
Pada hari ini, 4 orang kelana bersama penduduk kampung menjalankan aktiviti merobohkan rumah lama. Proses ini dimulakan dengan memindahkan barang-barang perabot ke luar rumah, mengeluarkan cermin tingkap, mencabut atap zink dan papan dinding rumah. Sebenarnya, kami bersetuju membeli kayu terpakai daripada rumah lama bagi menjimatkan kos pembelian kayu baharu yang harganya lebih mahal. Tambahan pula, kayu-kayu lama ini lebih berkualiti tinggi dan kukuh berbanding kayu-kayu baharu yang dijual.