(Misa Island Goat Project: Update 7) Pembelian Kayu Terpakai
Pada pagi 12 Januari 2019, 4 orang kelana beserta ketua kampung telah melawat ke tapak rumah lama. Rumah kayu itu dibeli dengan harga RM2000 dan dirobohkan pada keesokan harinya bagi mendapatkan kayu-kayu terpakai bagi pembinaan kandang kambing.
Petangnya, kami melakukan aktiviti mencabut bekas paku, memotong tiang kayu sebanyak 9 batang dan setiap batang berukuran 8 kaki panjang.Semua tiang kayu ini akan didirikan di atas tiang Pvc. Tujuan kandang ini dibina tinggi adalah untuk mengelakkan kandang dimasuki air ketika musim banjir berlaku. Selain itu, tiang bawah yang menggunakan bahan Pvc yang licin adalah bertujuan untuk mengelakkan haiwan berbisa seperti ular melilit tiang dan memasuki kandang tersebut.