(Misa Island Goat Project: Update 19) Suntikan Vaksin & Khidmat Nasihat
Pada 27 Mac 2019 yang lalu, jabatan veterinar telah hadir ke tapak projek bagi memberi suntikan vaksin kepada ternakan kambing dan khidmat nasihat kepada penduduk kampung. Seorang ahli pengakap daripada peserta projek turut serta dalam program yang dijalankan.
Sebanyak 8 ekor kambing telah diberi suntikan vaksin (ubat cacing) dan diambil ujian sampel darah. Semua sampel darah akan dibawa ke makmal untuk diuji kaji dan tempoh proses keputusannya mengambil masa kira-kira 1 bulan. Kambing-kambing tersebut turut dilabel "tag number" ke telinga mereka bagi bertujuan pengenalan identiti masing-masing.
Di akhir program, pegawai veterinar menasihati penternak kambing untuk mengawasi kesihatan ternakan mereka dan melaporkan kepada jabatan veterinar sekiranya terdapat tanda-tanda sakit, lesu dan kurang selera makan pada ternakan mereka.