(Misa Island Goat Project: Update 18) Pembersihan Kawasan, Pembinaan Tangga & Sambungan Kerja Pemasangan Dinding
Pada 17 Februari 2019, 2 orang pengakap kelana dan 4 orang penduduk kampung telah bersama-sama menjalankan aktiviti pembersihan serta meratakan tanah di bahagian bawah kandang, pembinaan tangga di bahagian belakang kandang dan kerja pemasangan dinding kandang.Tanah di bahagian bawah kandang perlu diratakan dan disimen untuk memudahkan kerja pembersihan tinja dan najis.
Kandang kambing akhirnya siap 80%, baki aktiviti yang belum dibuat adalah penanaman rumput napier dan dari segi sistem pengairan.