(Misa Island Goat Project: Update 12) Pemasangan Rangka Bahagian Lantai
Pada 31 Januari 2019, 2 orang wakil kelana bersama beberapa orang penduduk kampung telah menjalankan aktiviti memasang rangka kayu di bahagian lantai kandang. Kayu-kayu yang panjang telah diambil bagi pemasangan rangka tersebut. Paku lama perlu dicabut dengan menggunakan tukul besi dan tukul kuku kambing. Kemudian, kayu-kayu akan dipasang dan dipaku bagi menjadikan rangka pada bahagian lantai. Kayu yang pendek akan dicantum menjadi satu kayu yang panjang menggunakan konsep tanggam atau dalam bahasa Inggeris "mortise".