(Misa Island Goat Project: Update 11) Dirikan Tiang Kayu
Pada 30 Januari 2019, aktiviti mendirikan tiang kayu telah dilakukan bersama beberapa penduduk kampung. Setiap batang tiang kayu berukuran 8 kaki panjang dan memerlukan 9 batang tiang untuk didirikan.
Apabila tiang kayu diletakan di atas tiang Pvc, tiang tersebut perlu diukur kecondongannya dgn menggunakan alat pengukur. Tiang itu wajiblah tegak. Kemudian, tiang tersebut akan dipaku di bahagian bawah kayu. Akhir sekali, kayu papan harus dijadikan sebagai pancang kepada keteguhan tiang kayu tersebut.