(Misa Island Goat Project: Update 1) Lawatan Ke Tapak Projek
Pada hari sabtu 4 Ogos 2018, seramai 4 orang ahli projek untuk program "scouts of the world award" telah hadir ke Pulau Misa Melayu Bota Kiri Perak. Tujuannya adalah untuk melawat tapak projek dan membincangkan hal ehwal projek yang bakal dilaksanakan.
Kehadiran kami telah disambut oleh ketua penduduk kampung iaitu Encik Mohd Faisal. Beliau memberi sedikit taklimat ringkas dan menceritakan latar belakang serta sejarah Pulau Misa. Jumlah penduduk kawasan itu seramai 70 orang yang terdiri daripada orang muda. Tujuan mereka menetap di Pulau Misa untuk membentuk akhlak dan sahsiah yg baik.
Akhir sekali, Encik Mohd Faisal menunjukkan kawasan tapak projek yang boleh digunakan untuk membina kandang kambing.