
MISA ISLAND GOAT PROJECT #9th Pembinaan Rangka Bahagian Lantai
Pada 31 Januari 2019, seramai 2 orang wakil kelana bersama beberapa orang penduduk kampung telah menjalankan aktiviti memasang rangka kayu di bahagian lantai kandang. Kayu panjang telah dipilih untuk dijadikan rangka kandang kambing.Kayu panjang ini diambil daripada hasil robohan rumah lama dan dikitar semula untuk dijadikan rangka lantai. Terdapat paku di kayu tersebut dan perlu dicabut dengan menggunakan tukul besi dan tukul kuku kambing. Kemudian, kayu tersebut akan dipasang dan dipakukan semula untuk menjadikan rangka pada bahagian lantai. Kayu yang pendek akan dicantumkan menjadi satu yang menggunakan kaedah tanggam.