
MISA ISLAND GOAT PROJECT #4th Memanfaatkan Kayu Terpakai
Kami memilih rumah kayu yang telah ditinggalkan kerana rumah tersebut perlu dirobohkan untuk tujuan pembinaan higway dikawasan tersbeut. Rumah ini dibeli dengan harga RM2000 dan dirobohkan untuk mendapatkan sumber kayu-kayu terpakai bagi pembinaan kandang kambing. Seramai 4 orang kelana bersama penduduk kampung menjalankan aktiviti merobohkan rumah lama untuk mendapatkan sumber kayu. Permulaan proses sebelum merobohkan rumah tersebut dengan memindahkan barang-barang perabot yang terdapat di dalam rumah dan diletakkan di luar rumah. Kemudian dimulakan dengan mencabut atap zink rumah,mengeluarkan cermin tingkap,papan dinding rumah dan lantai rumah. Tujuan pembeilan rumah lama ini bagi menjimatkan kos pembelian kayu baru yang haraganya lebih mahal jauhnya. Bukan itu sahaja, menurut mentor kami En. Mohd Faisal memberi sedikit pendedahan kepada kamu bahawa kayu rumah yang telah bertahun utuh itu lebih berkualiti tinggi dan kukuh berbanding kayu-kayu baharu yang dijual.