
MISA ISLAND GOAT PROJECT #1ST MEETING
Mesyuarat pertama diadakan melaui media sosial rangkaian muka buka ataupun facebook kerana ahli kumpulan terdiri daripada Perak,Kuala Lumpur,Negeri Sembilan. Mensyuarat pertama dilakukan pada jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam. Agenda mesyuarat ini adalah untuk menentukan dan memberi pandangan cadangan projek yang ingin dilaksanakan. Ia juga membincangkan bagaimana kesan yang akan diterima oleh penduduk setempat sekiranya projek yang ingin dilaksanakan ini menjadi impian.
Kami memilih Pulau Misa Melayu di Bota kiri Perak sebagai tempat untuk kami melaksanakan projek ini. Cadangan yang dikemukan adalah membina kandang kambing di kampung tersebut sejurus meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Semasa mensyuarat ini dilaksanakan kami diberi tugasan untuk membuat sedikit penyelidikan mengenai jenis kambing yang sesuai,harga untuk membina kandang dan juga penyelidikan mengenai tempoh untuk kambing menghasilkan susu mahupun daging untuk dijual. Tidak lupa juga beberapa perkara ini juga sebagai langkah untuk membuat draf kertas kerja.
Kesimpulannya,kesemua ahli kumpulan memberi pandangan dan idea yang bernas untuk memberi penambahbaikan dalam menyiapkan projek SWA Voluntary Service.