Mesyuarat Perlaksanaan Program Water Rafting 2018 Pengakap Kelana Kinta

Mesyuarat Perlaksanaan Program Water Rafting 2018 Pengakap Kelana Kinta

Salam Pengakap

 

Pada 24.8.2018 (Jumaat) telah berlansungnya satu mesyuarat yang telah diajurkan oleh jawatankuasa pengakap kelana daerah kinta tentang proses serta perjalanan dua program yang akan dijalankan. Program yang pertama ialah Program Badminton tertutup unyuk ahli pengakap kelana daerah Kinta sahaja dan seterusnya “Program Water Rafting”. Program ini seperti menjadi satu tradisi untuk pasukan krew kami dimana setiap tahun kami akan menganjurkan program ini samada terbuka kepada semua ataupun terbuka hanya untuk ahli krew sahaja. Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah untuk membentangkan kertas kerja serta membincangkan proses sebelum, semasa dan jangkaan selepas program. Seramai 20 orang yang terlibat dengan mesyuarat ini. Mesyuarat ini telah diadakan Mydin Meru Ipoh pada Jam 8:00 malam. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan tentative program serta sasaran yang ingin dicapai pada tahun ini. Selain itu juga kami membincangkan tentang pakej serta perkara yang berkaitan dengan program tersebut. Saya selaku ketua program telah membentangkan kertas kerja dihadapan ahli kelana yang hadir serta berbincang mengenai apa-apa yang perlu diperbaiki tentang kertas kerja tersebut.

 

Secara keseluruhannya, program ini amat disokong oleh ahli krew kami sendiri dan telah bersedia untuk menjalankan langkah yang seterusnya. Akhir sekali, harapan saya selaku ketua program berharap program ini berjalan dengan lancar.

Number of participants
20
Service hours
80
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share