Mesyuarat Kelana Perak
Mesyuarat Majlis Pengakap Negeri Perak Penggal Pertama telah diadakan pada 12 Jun 2018, pada jam 9 pagi di bilik mesyuarat Majlis Belia Daerah Perak Tengah. Mesyuarat ini telah dihadiri 16 orang ahli Pengakap Kelana dan seorang Penolong Pesuruhjaya Kelana Negeri Perak. Ketua krew dan wakil kelana dari setiap daerah negeri Perak telah dijemput dalam mesyuarat ini bagi membincangkan hal ehwal kelana dan seterusnya merancang aktiviti kelana yang bakal diadakan.