
Mesyuarat Jawatankuasa Messengers of Peace Kebangsaan
Mesyuarat Jawatan Kuasa Messenger of Peace Peringkat Kebangsaan kali pertama ini telah berlansung di Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Koordinator MoP Negeri, Daerah dan koordinator yang telah mengambil kursus telah menghadiri mesyuarat ini. Mesyuarat ini telah berlansung selama 3 jam pada 16 Mac dan 5 jam pada 17 Mac 2018. Keseluruhan mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan peranan koordinator, kursus-kursus yang bakal dijalankan, cara menggunakan scout.org dan memberikan maklumat tentang MoP. Ms. Cynthia Marquez dan 2 pegawai dari WOSM iaitu Ms. Katie dan Ms. Annie dengan senang hati telah berkunjung ke mesyuarat ini semata-mata untuk membantu MoP Malaysia ke peringkat antarabangsa.