Mesyuarat Ahli Pengakap Kelana & Jamuan Raya 2019
Pada 9 Jun 2019, diadakan mesyuarat ahli pengakap kelana dan jamuan raya, bertempat di Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Seramai 25 orang ahli pengakap yang hadir termasuk ahli pengakap kelana, pemimpin pengakap dan pesuruhjaya pengakap.
Dalam mesyuarat ini, pelbagai perkara telah dibincangkan. Antaranya ialah hal-hal berkaitan ahli pengakap kelana negeri perak.
Selepas selesai mesyuarat, ahli pengakap telah disajikan dengan pelbagai makanan sempena menyambut hari raya Aidilfitri. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak Tuan Haji Azam turut hadir ke majlis ini.