
Messenger of Peace Bermula Dari Sini
Kursus Koordinator Messenger of Peace (MoP) Peringkat Kebangsaan Zon Utara 2017 telah diadakan pada 27-29 Oktober 2017 di Kompleks Rakan Muda Sungai Jawi, Pulau Pinang. Saya amat bangga dan gembira dapat melibatkan diri sebagai seorang peserta dalam kursus tersebut. Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dijalankan termasuk taklimat, seminar, permainan, nyanyian, menari, dan sebagainya.
Pelbagai sidang telah diberikan oleh jurulatih-jurulatih koordinator, contohnya: (i) Pengenalan dan pelancaran MoP di pengakap dunia dan Malaysia, (ii) Garis panduan mencipta projek di laman Web WOSM, (iii) Garis panduan mendaftar di lawan Web WOSM, (iv) Perlaksanaan MoP di Malaysia, (v) Peranan dan tanggungjawab koordinator MoP, (vi) cara-cara kira masa servis, (vii) geran MoP, dan lain-lain. Melalui sidang-sidang tersebut, saya dapat permahaman yang lebih lanjut tentang MoP di seluruh dunia dan Malaysia. "Message" yang disampaikan melalui pengajaran telah mencetus minat saya dalam penglibatan dalam aktiviti-aktiviti MoP. Saya juga bersemangat untuk kongsikan ilmu-ilmu atau infomasi tersebut kepada kawan-kawan sama-ada mereka ialah pengakap atau tidak.
Selain itu, kami juga belajar tarian MoP yang dicipta oleh pengakap Indonesia dan diubahsuai menjadi versi Malaysia. Unsur-unsur tarian tradisional Malaysia seperti jonget dan inang telah dimasukkan dalam tarian MoP versi Malaysia merupakan keistimewaannya. Kami juga belajar "clap dance" bermula dari tepuk satu hingga sembilan, walaupun ia susah dibelajari tapi memang seronok dan menarik.
Pelbagai mainan juga diperkenalkan seperti dadu yang bergambar untuk cerita, mengangkut bola dengan tali, lukisan yang bertema aman (peace) dan lain-lain. Suara ketawa dari kawan-kawan sentiasa didengar dan muka senyum sentiasa dilihat telah menyedari konsep MoP sepenuhnya.
Kursus ini diakhiri dengan penyampai sijil, skarf dan lencana MoP. Dengan ini kami telah dilantik sebagai koordinator MoP, dan tanggungjawab yang dipikul bermula dari sini.