Meriahnya syawal

Meriahnya syawal

Meraikan Hari Raya Aidiilfitri bersama Anak-anak Istimewa PDK NUR ILHAM 25 orang pelatih diraikan. Seramai 200 tetamu turut serta memeriahkan. Anak-anak istimewa ini menerima sumbangan wang raya daripada VVIP yang juga penaja utama iaitu Dato Mohamad Zahari, Group Asset Chancellor, TU-E Capitol Berhad. Mereka juga menerima sumbangan daripada Pemantau PDK, Pn Hjh Fatimah, Pergerakan Wanita UMNO Tendong, Sahabat Amanah Ikhtiar Tendong, Sahabat JUPEM, Rakan Masjid Al-Hanan dan ramai lagi. Program ini diceriakan lagi dengan persembahan nyanyian, deklamasi sajak dan pencak silat oleh para pelatih PDK NUR ILHAM. Turut serta penyanyi genit daripada SK TG BUNGA, adik Alya Sufiah murid tahun empat menyampaikan lagu tema 'WAJAH'. Dipenghujung majlis, para pelatih bersama keluarga telah dibawa melawat EAON MALL, di Kota Bharu, Kelantan. Semoga tahun mendatang, program seperti ini dapat diteruskan lagi.
Number of participants
200
Service hours
1000
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share