MEMERAH KERINGAT : KEM UJIAN LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA (JAYADIRI DAN PERKHIDMATAN ; PERTOLONGAN CEMAS )

MEMERAH KERINGAT : KEM UJIAN LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA (JAYADIRI DAN PERKHIDMATAN ; PERTOLONGAN CEMAS )

Seramai 8 orang ahli Pengakap Kelana K88 Kuala Terengganu telah dikerahkan bagi membantu dalam menjayakan Kem Ujian Lencana Tertinggi Pengakap Remaja : Jayadiri dan Perkhidmatan (Pertolongan Cemas) di Dewan Seri Kandi, Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Dengan kekuatan seramai 8 orang Kelana, kami perlu mengawasi seramai 40 orang peserta kem yang terdiri daripada ahli Pengakap Remaja. Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam. Kem ini bertujuan bagi melengkapkan skim lencana tertinggi pegakap remaja bagi melayakkan mereka untuk menduduki Ujian Pentarafan Pengakap Raja. Para peserta didedahkan dengan perkara yang berkaitan kewarganegaraan bagi lencana Jayadiri dan amali asas pertolongan cemas dan gotong-royong bagi lencana Perkhidmatan. Seramai 8 orang Kelana diagihkan tugas seperti membantu pemimpin dalam slot, urusetia, keselamatan serta bahagian penyediaan makan dan minum. Dengan kemesraan para petugas Kelana, semua peserta kelihatan gembira sepanjang kem berlangsung.
Started Ended
Number of participants
40
Service hours
21
Topics
Youth Programme
Personal safety
SDGS

Share via

Share