Masak Atas Bara Api
Malaysia

Masak Atas Bara Api

Masakan rimba merupakan salah satu aktiviti pengakap yang merupakan kaedah memasak alternatif penting bagi seseorang ahli pengakap. Melalui masakan rimba, kemahiran menghidupkan api dan memasak atas bara api seseorang ahli pengakap dapatlah diuji. Pada 26 September 2018, saya dan ahli kumpulan seramai 4 orang menjalankan aktiviti masakan rimba di pulako IPG Kampus Ipoh. Mula-mulanya, kami memilih satu lokasi yang sesuai untuk menjalankan aktiviti masakan rimba lalu membahagikan kerja supaya dapat menyiapkan aktiviti ini dalam masa yang telah ditetapkan. Saya diberikan tugas untuk menghidupkan api manakala ahli kumpulan menyediakan bahan-bahan makanan yang diperlukan seperti jagung, ubi kentang, ikan dan sebagainya. Selepas siap menghidupkan api dan menyediakan bahan makanan, saya dan rakan-rakan pun memanggang makanan di atas bara api. Sebaik sahaja bahan makanan siap dipanggang, kami menyediakan pinggan menggunakan bahan semula jadi seperti kotak letak minuman, daun pisang, daun kelapa dan lain-lain lalu menghias makanan di atas pinggan yang disediakan. Selepas itu, hasilan kami dinilai oleh pensyarah yang merupakan penilai bagi aktiviti ini. Melalui aktiviti ini, saya berasa amat berpuas hati kerana saya masih dapat menghidupkan api dalam masa yang singkat walaupun sudah lama tidak menjalankan latihan menghidupkan api selepas tamat persekolahan di sekolah menengah. Saya turut berharap ahli-ahli kumpulan saya dapat menjayakan aktiviti masakan rimba secara individu tanpa bantuan saya pada masa kelak.

Number of participants
17
Service hours
51
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share