MALAM MESRA PENGAKAP
Malaysia

MALAM MESRA PENGAKAP

LABUAN: Seramai 350 ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap daripada pelbagai pasukan termasuk tiga sekolah menengah iaitu SM Sains Labuan, SMK Labuan, SMK Taman Perumahan Bedaun dan SMK Mutiara serta tujuh sekolah rendah iaitu SK Pekan Satu, SK Pekan Dua, SK Patau-Patau, SK Bebuloh, SK Kerupang, SJK Chung Hwa, SK Sungai Lada, SK Membedai dan SK Tanjung Aru diraikan dalam satu majlis Malam Mesra Pengakap bersama kepimpinan tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia dan setempat. YDP Majlis Pengakap Negeri WP Labuan Dato’ Sri Hj Md. Alias Bin A. Rahman dan isteri Datin Sri Dato’ Norsiah Abdullah yang juga merupakan Penaung BP Guild WP Labuan selaku tuan rumah bagi majlis ini turut mengadakan jamuan makan malam untuk pengunjung yang hadir pada malam itu. Turut diraikan ialah kunjungan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej. Jen. Prof. Dato. Dr. Hj. Mohd Zin Bin Bidin. Kunjungan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ini merupakan lawatan sulung beliau semenjak dilantik memegang jawatan tersebut pada tahun lalu. Antara objektif kunjungan ini adalah untuk bertemu dengan komuniti pemimpin dan ahli pengakap setempat. Beliau dalam ucapannya turut menyatakan penghargaan di atas jemputan dan mengharapkan agar pembangunan pergerakan pengakap akan terus berdaya maju khususnya di WP Labuan. Sepanjang majlis ini berlangsung beberapa acara telah diadakan termasuk persembahan tarian dan nyanyian serta penyampaian Pingat Kecemerlangan Pendidikan kepada ahli pengakap yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam sesi peperiksaan UPSR tahun 2015. Para penerima terdiri daripada; 1. Nursyaveella Binti Hasim (Sekolah Kebangsaan Kerupang) 2. Nurulhana Adliyana Binti Madzan (Sekolah Kebangsaan Kerupang) 3. Aiman Hareez Bin Durasad (Sekolah Kebangsaan Pekan Satu) 4. Nur Atika Binti Subari (Sekolah Kebangsaan Pekan Satu) Penerima pingat kecemelangan turut menerima insentif kewangan dari Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan. Berucap pada Majlis itu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej. Jen. Prof. Dato. Dr. Hj. Mohd Zin Bin Bidin mengharapkan agar lebih ramai ahli pengakap yang akan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik selari dengan pencapaian dalam kegiatan pengakap. Beliau percaya pendidikan di luar darjah oleh pergerakan pengakap sama pentingnya dengan pencapaian akademik. Pada majlis itu juga Dato’ Sri Hj Md. Alias Bin A. Rahman menyerahkan bendera Labuan kepada Ketua Kontinjen Skip Rosni Bin Mohd Daud, mewakili seramai 60 ahli pengakap yang akan menghadiri Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 dan Jambori Antarabangsa Pengakap Kuala Lumpur 2016 pada 25 Nov hingga 1 Dis 2016 di Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur. Acara ini di saksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej. Jen. Prof. Dato. Dr. Hj. Mohd Zin Bin Bidin dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee. Dalam majlis yang sama, pasukan Pengakap SK Kerupang dan Sekolah Menengah Sains Labuan telah dinobatkan sebagai kumpulan pengakap terbaik tahun 2016 bagi kategori Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda/Remaja masing-masing. Turut diadakan pada majlis tersebut adalah penyerahan mock-cheque sumbangan Labuan Liberty Port Management Sdn. Bhd., Asian Supply Base Sdn. Bhd. dan Kementerian Wilayah Persekutuan bernilai RM5,000 setiap satu. Sumbangan ini adalah untuk membiayai perjalanan 60 ahli pengakap yang akan menghadiri Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 dan Jambori Antarabangsa Pengakap Kuala Lumpur 2016. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Senator Datuk Hj Yunus Bin Kurus dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara En. Gordon Koh Hong Kian.
Number of participants
480
Service hours
1920
Topics
Youth Programme
Global Support Assessment Tool
SDGS

Share via

Share