Majlis Vigil dan Lencana Kemahiran Kelana
Malaysia

Majlis Vigil dan Lencana Kemahiran Kelana

Program yang dianjurkan ini telah disertai pengakap kelana dari pelbagai sekolah dan kumpulan kelana terbuka dari seluruh pelusuk negeri Terengganu. Terdapat empat buah sekolah dari daerah Kemaman telah menghantar pelajar masing-masing termasuklah seramai tujuh orang pengakap kelana daripada SMK Sultan Ismail telah menyertai Majlis Vigil dan Lencana Kemahiran Kelana yang telah mengambil tempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail di Kuala Nerus yang berlangsung selama tiga hari dua malam.

Sepanjang program berlangsung para peserta telah diajar berkaitan asas ikatan dan simpulan, pembuatan gajet menggunakan buluh, ikhtiar hidup berdasarkan bahan-bahan yang diberikan seperti ikan, tepung dan telur dan orienteering dan penganggaran.

Pada malam terakhir peserta dihidangkan dengan persembahan kebudayaan dalam keadaan ‘campfire’ yang dianggap sangat menarik yang amat menggamit memori setiap peserta. Diharapkan kesemua ahli pengakap sentiasa bergerak maju dan sentiasa menabur khidmat di mana sahaja mereka berada.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share